Resepi Ayam Percik Kelantan Stail

Semalam skrol2 efbi tengok ada orang share resepi ayam percik. Kita pun search la beberapa resepi. Modify sikit sana sini sesuai dengan barang yang ada kat rumah.
RESEPI AYAM PERCIK KELANTAN STAIL.
BAHAN A – kisar
1 1/2 inci halia
4 biji bawang merah besar
4 ulas bawang putih
2 batang serai
BAHAN B
2 kotak santan 200ml
1 serai ketuk
1 sdb cili boh
1/2 sdk asam jawa
BAHAN C
2 1/2 sdb gula
1/2 sdb garam
1) Kisar Bahan A
2) Masukkan Bahan A dan Bahan B ke dalam periuk, masak dengan api kecil.
3) Apabila berbuih, masukkan Bahan C. Perasakan secukupnya.
4) Masak hingga likat dan sedikit pecah minyak.
PERAP AYAM
1) Selepas step ke 3 kuah percik, ambil sedikit untuk digunakan sebagai perap ayam.
2) Perap ayam 30min @ 1 jam sblm bakar. Sapu kuah tambahan jika perlu.
3) Bakar dalam AF 180/25min atau hingga puas hati.