
Cubaan buat semperit klasik plak. Rasanya pada saya sedap dimakan. Tapi tak tau la betul ke semperit klasik rasa gitu.😂😂
Alah, yang penting sedap kan? Walaupun wajahnya chubby2 comel je.😂
SEMPERIT KLASIK
3/4 cawan butter
3/4 cawan gula ising (saya kisar dan tapis gula biasa shj)
6biji kuning telur sahaja
1/2 sk esen vanilla
1/2 sk pewarna kuning
400g tepung jagung
Aksesori hiasan jika suka.
1) Gaul butter, gula slow2 ya. Dengan penuh kasih sayang.
2) Masukkan kuning telur sikit2. Kemudian masukkan vanilla dan pewarna. Gaul manja aje.
3) Masukkan tepung jagung sedikit demi sedikit. Gaul sampai jadi doh.
4) Jika lembik dohnya, rehatkan sekejap dalam peti ais.
5) Terap dengan acuannya.
6) Bakar 160/10min. Jangan lupa preheat 10min.
LESSON LEARNT
- mula2 saya cuba bakar TANPA alas butter pada loyang. Dan bakar ikut resepi asal. Biskut overcooked dan crunchy. Dan nak keluarkan tu sesetengahnya pecah. ðŸ˜
- kemudian saya cuba sapu butter pada loyang, dan bakar. Saya set utk keluarkan bila bau wangi. Selepas experiment, dianggarkan 10min cukup dah nak masak biskut. Tapiiii… Wpun alas marjerin, masih pecah. 😠dengan lebih banyak dari cubaan pertama. Blh tgk gmbr antara dua darjat tu.
- akhirnya saya ambil keputusan alas dengan baking paper…alhamdulillah..akhirnya x pecah. Jadi saya syorkan utk elakkan tragedi yg sama, molek tuan puan alas dengan baking paper jugak.
- saya tgk cantik kejadiannya org yg buat semperit klasik. 😂 tengok yg saya ade macam2 saiz. Almaklumlah, tangan xde pembaris. Hasil pemerhatian, kalau nipis semperitnya, lebih crunchy jadi biskutnya. Kalau tebal, lebih gebu. Jadi tuan puan blh la ejas saiz nya sesuka rasa ya.
- PENTING! Amalkan penjarakan sosial. Sebab semperit saya kembang sket wpun dah gaul abes manja. Mungkin faktor butter. Saya guna butter anchor. Takpa lah xkesah pun dia kembang comel je. Tapi kene ada penjarakan la. Kang diorang duk rapat membawang payah jugak kan.

Sekian hasil eksperimen. 😂
Rujukan asal:
https://www.annursyuhadah.com/2018/06/resepi-semperit-klasik-ori-asli-tradisi-orang-lama-dulu.html?m=1
